◂ Back

TALK TO US


“Feedback is a free education to excellence. Seek it with sincerity and receive it with grace” – Anne Marie Houghtailing

◂ Back

CONTACT US


BESRAYA (M) SDN BHD

Plaza Tol Loke Yew
Lebuhraya Sungai Besi
56100 Kuala Lumpur

Tel : 03-9282 8382
Fax : 03-9282 8389
info.besraya@ijm.com

NPE PANTAI EXPRESSWAY SDN BHD

Plaza Tol Pantai Dalam,
Km 10.6, Lebuhraya Baru Pantai,
58200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Tel: 03-7783 8800
Fax: 03-77831111
info.npe@ijm.com

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN SDN BHD

KM 3.3 Plaza Tol Kajang Selatan
Lebuhraya Kajang Seremban
43500 Semenyih, Selangor

Tel : 03-8723 8021
Fax : 03-87230021
info.lekas@ijm.com

LATEST EVENTS

Expand

LATEST EVENTS

05/12/2018

IJM TOLL DIVISION SUMBANG BARANGAN DAN KELENGKAPAN SEKOLAH MENERUSI PROGRAM CSR "BACK TO SCHOOL"

Kuala Lumpur, 20 Disember 2017 – Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM, pengendali syarikat konsesi Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) telah mengadakan satu inisiatif Tanggungjawab Korporat bersama keluarga kakitangan divisyen tol bersempana sesi persekolahan yang bakal tiba. Program ‘Back To School’ yang telah diadakan pada 20 Disember yang lalu di gedung pakaian Hari-Hari, Balakong turut disertai oleh 40 kakitangan dan 77 anak-anak kakitangan.

 

Kakitangan yang layak menerima bantuan, telah menerima set kelengkapan sekolah yang bernilai RM 200.00. Jika tahun sebelum ini bantuan sekolah yang diberikan hanyalah kepada anak-anak sekolah rendah, istimewanya pada program CSR ‘Back To School’ kali ini, pelajar sekolah menengah juga turut menerima bantuan voucher tunai dari kedai buku Popular yang juga bernilai RM 200.00. Rata-rata kakitangan yang menerima bantuan melahirkan rasa syukur kerana pihak syarikat telah membantu meringankan beban mereka dan anak-anak mereka juga gembira kerana dapat memilih beg idaman mereka untuk kembali ke sekolah tidak lama lagi.

 

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Pn. Wan Salwani Bt Wan Yusoff berkata program ‘Back To School’ ini bertujuan bagi meringankan beban kakitangan yang berpendapatan rendah agar mereka juga dapat menikmati sesi persekolah baru 2018 dengan pakaian seragam dan peralatan sekolah yang baru.

 

“Inisiatif ini dilakukan apabila kami sedar dimana kami sering mengadakan Tanggungjawab Korporat kepada rumah-rumah kebajikan dan kanak-kanak istimewa dengan memberi sumbangan kepada mereka akan tetapi kami terlepas pandang nasib kakitangan yang kurang bernasib baik. Sedangkan kakitangan kami sendiri ada juga yang dikalangan ibu/bapa tunggal dan berpendapatan rendah.

 

“Kami juga bercadang untuk menjadikan program ini sebagai program tahunan dan berniat untuk meluaskan lagi skop program dengan mencampurkan orang luar dan kakitangan yang kurang berkemampuan pada tahun akan datang. ’.